Sunday, December 19, 2010

AURA SERI

AURA SERI
Aura Seri telah dianugerahkan pengiktrafan antarabangsa oleh International Institute of Health Science sebagai satu produk yang sangat berkesan dan diperakui oleh pengamal-pengamal kesihatan. Aura Seri adalah produk yang boleh digunakan dalam pelbagai keadaan termasuk dalam keadaan kecemasan. Kita sebagai masyarakat Melayu mempercayai bahawa mandi bunga adalah amalan untuk mendatangkan seri wajah dan membuang malang. Berkurun-kurun dahulu masyarakat kita telah mengamalkan budaya mandi bunga. Sebagai alternatifnya, Aura Seri adalah penganti kepada amalan ini dan ianya sesuai digunakan pada masa kini.

Kegunaan :
Aura Seri dapat memberikan kekuatan diri daripada unsur-unsur halus dan negatif. Tidak dinafikan bahawa masyarakat kita percaya kepada sihir, dengan penggunaan Aura Seri ianya dapat menguatkan diri pemakai dari unsur-unsur seperti ini. Aura Seri juga dapat digunakan untuk merawat luka-luka kecil yang berlaku dan dapat menghentikan pendarahan kecil dan dapat mengelakkan parut.

Selain baik untuk meningkatkan mutu Aura seseorang, Aura Seri juga sinonim dengan 1001 kahsiatnya dan telah dimanfaatkan oleh ribuan pengguna yang berjaya mengubah personaliti dari negatif ke positif, sebagai produk kecantikan yang membantu menyerlahkan seri wajah, untuk tujuan penyembuhan luka kecil dan kecederaan minyak panas, resdung, sebagai medium Aromatherapy, melegakan stress dan merupakan rahsia kesempurnaan untuk kehidupan yang lebih positif

Cara penggunaan:
Aura Seri mudah digunakan dengan pelbagai cara antaranya:
1. Ketika sedang mandi dengan menitiskan ia ke dalam air mandian. Gunakan baldi selain warna merah. Kacau dengan tangan arah lawan jam sambil berniat yang positif. Gunakan air ini sebagai bilasan terakhir. Titikkan 3-7 titis untuk alami mandian kerohanian yang menakjubkan adalah menyamai kekuatan mandi bunga yang mampu membersihkan aura anda yang kotor, busuk, bocor, panas, kusam serta tidak bermaya yang menyebabkan wajah anda suram, pucat, tiada seri, kurang keyakinan diri, malang asyik menimpa diri, murung, stress, serta kurang diminati.
2. Sekiranya anda bekerja, bawa dan sapukan Aura Seri ini kepada wajah anda. Ia secara tidak langsung akan merembeskan aroma kepada anda dan menjadikan hari-hari anda di tempat kerja akan bertambah baik.
3. Ia boleh diamalkan dengan mandian rendaman. Caranya ialah titiskan Aura Seri ke dalam tab mandian sebanyak 7 titik dan anda boleh berendam selama 20 minit di dalamnya. Kemudian air mandian tadi haruslah dibuang kerana ianya tidak boleh digunakan untuk orang lain.
4. Seterusnya Aura Seri boleh digunakan sebagai bilasan terakhir. Caranya ialah mandi dahulu seperti biasa. Selepas selesai, titikkan aura seri ke dalam baldi berisi air sebanyak 3-5 titik. Biarkan selama 2-3 minit dan anda boleh menggunakan air itu sebagai bilasan terakhir anda. Sekiranya anda mempunyai kolah mandi, titikkan sahaja Aura Seri ke dalam kolah mandian sebanyak 3,5 atau 7 titik. Anda boleh mandi seoerti biasa menggunakan air tersebut.
5. Cara yang paling mudah ialah sapuan pada wajah. Sebelum tidur, pastikan muka dicuci dahulu. Semasa muka dan tapak tangan basah, titikkan Aura Seri setitik di tapak tangan. Gosokkan tapak tangan dan sapukan pada wajah. Setiap kali penggunaan Aura Seri haruslah disertakan dengan niat yang positf.

Kebaikan Aura Seri
Berikut adalah antara kebaikan menggunakan Aura Seri :
• Menaikkan seri wajah
• Meningkatkan proses awet muda
• Memberikan ketenangan ke tahap alpha
• Memelihara kesabaran dan kerohanian diri dalaman
• Tampil lebih berkeyakinan dan bekarisma tinggi
• Menguatkan daya penarik anda
• Menstabilkan emosi, spiritual, mental dan fizikal
• Mengubah personaliti dan pemikiran ke arah yang lebih positif
• Meredakan stress dan kemurungan
• Membantu tidur nyenyak ke tahap Delta
• Mengharumkan aura tubuh anda
• Perlindungan psikik dan gangguan unsur-unsur asing
• Meningkatkan kecerdasan keharmonian diri yang tinggi
*Penggunaan yang berterusan amatlah digalakkan